0

budaya setiap kaum

Posted by khairi mohd on 8:28 AM


Setiap kaum di Malaysia mengamalkan pelbagai budaya mengikut kaum.Justeru,Malaysia mempunyai pelbagai jenis budaya yang berbeza-beza.Setiap kaum sentiasa menghormati budaya yang diamalkan oleh kaum lain.Ini adalah kunci utama kepada perpaduan antara kaum yang terjalin erat di Malaysia.Sekira ianya tidak dijaga dengan baik,besar kemungkinan semangat ini akan luntur dari masa ke masa.Antara contoh budaya yang berbeza mengikut kaum dapat kita lihat melalui cara permakanan.Orang cina makan mengunakan `chopstick’,manakala orang melayu makan memgunakan tangan.Selain itu,mereka juga turut berbeza perayaan.Kaum melayu akan merayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha.Kaum india akan merayakan Deepavali manakala kaum cina dengan perayaan Tahun Baru Cina.Pelbagai budaya yang berbeza ini telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang unik.Malaysia juga telah mendapat pujian dari negara luar kerana walaupun mempunyai rakyat yang berbeza kaum,tetapi boleh hidup dalam keadaan aman dan damai.Kita harus menghargai pengorbanan dan jasa pemimpin negara kita pada waktu dahulu kerana tanpa mereka,kita tidak akan dapat mengecapi hidup yang aman damai seperti sekarang.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 1malaysia All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.