0
pendidikan bagi semua kaum
Posted by khairi mohd
on
8:23 AM
Konsep 1 Malaysia juga dapat dilihat dari segi pendidikan apabila sekolah di Malaysi amemberi peluang pendidikan dari peringkat rendah mahu pun menengah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar masyarakat,budaya,agama dan sebagainya.Hujah ini diperkuatkan lagi dengan cadangan sekolah 1 Malaysia yang bakal diadakan tidak lama lagi.Di sekolah tersebut,akan ditempatkan semua pelajar yang datang dari pelbagai kaum,bangsa,agama dan budaya hidup.Pihak kerajaan Malaysia juga telah menetapkan undang-undang bagi mewajibkan pendidikan kepada setiap rakyat Malaysia dari peringkat rendah dan menengah.Para ibu bapa juga diberi kebebasan untuk memilih sekolah bagi anak-anak mereka untuk diberi ilmu pengetahuan.Mereka boleh memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah aliran mana,sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan. Selain itu,tenaga pengajar bagi setiap institusi pendidikan di Malaysia juga terdiri daripada pelbagai kaum.Ini telah menunjukkan bahawa pendidikan dan pekerjaan yang terdapat di Malaysia tidak mengira kaum.
Post a Comment