0

perpaduan antara kaum

Posted by khairi mohd on 8:22 AM

Slogan 1 Malaysia ini juga melambangkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia yang terjalin sejak negara kita belum merdeka lagi.Semua kaum di Malaysia telah bekerjasama antara satu sama lain bagi mengekalkan keharmonian negara Malaysia supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan harmoni.Perpaduan antara kaum di Malaysia dapat dilihat dengan jelas apabila tiba musim perayaan.Semua rakyat akan bersama-sama merayakan perayaan yang akan berlangsung tanpa mengira kaum,agama serta budaya yang berbeza.Contoh yang terdekat boleh kita lihat adalah apabila tiba tanggal 31 Ogos pada setiap tahun.Semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini akan bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan tersebut.Mereka akan memenuhi dataran kemerdekaan pada waktu pagi 31 Ogos tersebut untuk mengadakan perarakan bagi meraikan hari yang sangat bermakna tersebut.Hal ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu kaum dengan satu kaum yang lain.Seterusnya perpaduan antara kaum di Malaysia dapat terus terjalin erat ibarat isi dengan dengan kuku.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 1malaysia All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.