0

hubungan sosial antara kaum

Posted by khairi mohd on 8:27 AM

Di segi hubungan sosial antara kaum dapat dilihat dari segi politik pula,rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk memilih pemimpin mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum.Kebebasan memilih pemimpin mereka dapat disuarakan melalui pilihan raya.Pada ketika dahulu,kebijaksanaan pemimpin negara telah membentuk UMNO untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara kaum bagi menuntut kemerdekaan negara kita.Hasilnya dapat kita dapat lihat pada masa kini di mana kita telah bebas dari ancaman penjajah dan hidup dengan aman damai dari perpaduan kaum yang terbentuk sejak dari dahulu lagi.Selain itu,semua kaum yang terdapat di Malaysia bebas untuk bergaul antara satu sama lain.Mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain bagi memupuk semangat perpaduan yang kukuh.Hubungan sosial antara kaum ini dapat digambarkan dengan perpatah melayu yang berbunyi ibarat air dengan tebing.Sekiranya perpaduan ini tidak dijaga dengan baik,besar kemungkinan semangat perpaduan kaum di Malaysia ini akan luntur dari masa ke masa.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 1malaysia All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.